PANDUAN 1 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN
Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
- Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
- Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
- Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti: Komputer Dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
Psikologi Pendidikan;
Teknologi Pendidikan;
Pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah Pendidikan Islam / al- Quran;
Pengukuran Penilaian;
Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual standard. Dr Saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual standard ini)
Tajuk Latihan Ilmiah:
PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)
Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman
0 comments:
Post a Comment