REFLEKSI ILMIAH

Salam ukhwah buat semua yang melayari laman ini..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya maka terbinalah laman ini. Tidak lupa juga buat penyelia saya Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk menyiapkan tugasan latihan ilmiah saya. Laman Refleksi ini adalah menceritakan tentang segala gerak kerja dan pengalaman saya dalam menyiapkan tugasan latihan ilmiah; PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ZAKAT HARTA (http://nhzakatharta.blogspot.com/). Semoga ia dapat manambahkan maklumat serta memberi manfaat kepada kita semua..

wassalam...

Saturday, November 15, 2008

BELAJAR DI METAKU

Oleh kerana kajian atau tugasan yang diberikan adalah memerlukan kepada penggunaan maklumat dari laman web atau internet, kami dikehendaki melayari web "METAKU"  sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk  menggunakan strategi metakognitif. METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Memang banyak maklumat yang dapat dipelajari disini, anataranya ialah :

  • Pelayar web yang membolehkan melayari maklumat daripada Internet.
  • Enjin carian : perisian yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • Mengetahui teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan  untuk membantu  mencari maklumat
  • teknik menyimpan bahan atau maklumat dibincangkan untuk memberi panduan memilih teknik menyimpan yang sesuai dengan tugasan
  • Modul untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian .
  • Modul  untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian 

Apa yang saya paparkan ini adalah antara kandungan pembelajaran yang dapat dipelajari dalam web metaku ini. Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan laman ini, anda boleh terus melayari web ini di http://www.3metaku.com/. 

Selain mempelajari isi kandungannya, laman ini juga mempunyai bahagian analisis dan penilaian kendiri bagi membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda belajar dalam persekitaran hipermedia. Berikut merupakan hasil keputusan analisis dan penilaian kendiri yang telah saya lakukan:

  • KEPUTUSAN PENILAIAN KENDIRI
    Tahap Mencari Maklumat: 67 / 100
    Tahap Memilih Maklumat : 78 / 100
    Tahap Menyimpan Maklumat:85 / 100
    Tahap MempelajariMaklumat:75 / 100

  • KEPUTUSAN ANALISIS
    Tahap Mencari Maklumat 82 / 100
    Tahap Memilih Maklumat 78 / 100
    Tahap Menyimpan Maklumat 81 / 100
    Tahap Mempelajari Maklumat 71 / 100

Apa yang dapat dilihat daripada keputusan analisis dan penilaian kendiri ini, saya perlu lebih banyak  mempelajari dan memantapkan lagi pengetahuan saya mengenai pembelajaran hipermedia ini. Saya perlu lebih berusaha lagi untuk meningkatkan pemahaman saya berkaitan pembelajaran hipermedia. Sesungguh laman ini banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan latihan ilmiah yang telah diberikan.

0 comments:

NH_Refleksi © 2008 Template by:
SkinCorner