REFLEKSI ILMIAH

Salam ukhwah buat semua yang melayari laman ini..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya maka terbinalah laman ini. Tidak lupa juga buat penyelia saya Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk menyiapkan tugasan latihan ilmiah saya. Laman Refleksi ini adalah menceritakan tentang segala gerak kerja dan pengalaman saya dalam menyiapkan tugasan latihan ilmiah; PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ZAKAT HARTA (http://nhzakatharta.blogspot.com/). Semoga ia dapat manambahkan maklumat serta memberi manfaat kepada kita semua..

wassalam...

Saturday, November 15, 2008

PROSES KAJIAN

Mengikut panduan proses kajian yang telah diberikan, dalam proses membangunkan blog , kami perlu mengikuti beberapa langkah yang telah disediakan iaitu:

  • Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran).
  • Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka . Dalam hal ini kemahiran membuat blog amat diperlukan disamping perlu kepada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 
  • Setelah membina empat blog seperti yang diarahkan , kami perlu menyebarkan blog tersebut kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah di dalam yahoo group untuk mendapat maklum balas. Kami perlu membuat 1 foler atas nama masing-masing didalam menu links dan meletakkan alamat blog masing-masing untuk memudahkan penyelia memantau setiap kemajuan yang dilakukan. 

Selain itu, segala maklumat berkaitan gerak kerja latihan ilmiah ini perlu dilaporkan di laman rasmi kumpulan ilmiah kami, yahoo groups. Laman ini juga menjadi medan pertukaran maklumat dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Semuanya dilakukan disini..secara maya. Tetapi kami juga mengadakan perjumpaan setiap minggu untuk lebih memahami dan membincangkan setiap masalah yang menyusul serta membentangkan tentang perkembangan blog masing-masing. 


0 comments:

NH_Refleksi © 2008 Template by:
SkinCorner