REFLEKSI ILMIAH

Salam ukhwah buat semua yang melayari laman ini..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya maka terbinalah laman ini. Tidak lupa juga buat penyelia saya Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk menyiapkan tugasan latihan ilmiah saya. Laman Refleksi ini adalah menceritakan tentang segala gerak kerja dan pengalaman saya dalam menyiapkan tugasan latihan ilmiah; PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ZAKAT HARTA (http://nhzakatharta.blogspot.com/). Semoga ia dapat manambahkan maklumat serta memberi manfaat kepada kita semua..

wassalam...

Saturday, November 15, 2008

MY BLOG

LAMAN P&P : ZAKAT HARTA




LAMAN PAUTAN




LAMAN PERIBADI: NH_ZONE





Ini merupakan 4 blog yang telah saya bangunkan. Selamat melayari......

LAMAN P&P ZAKAT HARTA

Dalam proses membangunkan laman zakat harta ini, perkara penting yang perlu dilakukan adalah merangka konsep atau membina lakaran awal tentang maklumat-maklumat yang hendak dimuatkan dalam laman ini. Maklumat-maklumat yang dimuatkan dalam laman ini adalah berpandukan kepada Peta Konsep yang telah dibuat pada awalnya. Setiap maklumat yang dimuatkan dalam isi kandungan laman zakat harta ini adalah diambil dari pelbagai sumber rujukan iaitu :
  • Al-quran dan Tafsir
  • Buku teks Pendidikan Islam tingkatan 3
  • Pengurusan Zakat, Mahmood Zuhdi Abd Majid.2003
  • Buku rujukan PMR Pendidikan Islam ( Sasbadi sdn.bhd)
  • Laman-laman web yang berkaitan dengannya yang menepati "Standart Pemikiran"

Alhamdulillah..akhirnya saya dapat menyiapkan blog ini, namun masih lagi perlu dilakukan proses penambahbaikan dari semasa ke semasa. Apa yang diharapkan laman ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran disamping dapat memberi manfaat dan menambahkan ilmu pengetahan kepada semua.

LAMAN PAUTAN (ANALISIS WEB)

Selaian membina laman Pengajaran & Pembelajaran sendiri, perkara penting yang perlu dilakukan dalam tugasan yang diberikan ialah membina laman pautan. Dalam laman pautan ini, saya dan rakan-rakan lain perlu mencari sebanyak 50 laman-laman atau blog berkaitan dengan tajuk masing-masing. Sakitnya nak mencukupkan 50 laman ni..saya mencari laman-laman ini di pelbagai enjin carian berbeza seperti Google, Yahoo dan Clusty. Untuk menyimpan maklumat yang saya perolehi ini, saya telah membuat satu folder baru(zakat) di Bookmarks pelayar web Opera dan menyimpan semua alamat laman-laman yang telah dicari disitu. Ini adalah untuk memudahkan saya untuk mencari semula laman-laman tersebut. Selain itu saya juga menyimpan maklumat-maklumat yang telah dicari didalam satu file (word) sebagai salinan jika berlaku sebarang masalah yang mungkin berlaku.

Selesai mencari 5o laman-laman tersebut, kami dikehendaki menganalisis setiap laman-laman tersebut mengikut kriteria standard pemikiran. Proses menganalisis dan mentafsir setiap laman web ini adalah untuk mengenalpasti pasti maklumat yang diperolehi itu sesuai atau tidak untuk digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran atau tidak. Proses analisis ini adalah berdasarkan 9 kriteria standard pemikiran Paul (1995) iaitu kejelasan, ketepatan, keterperincian, logik, relevan, mendalam, luas , signifikan dan adil. Bagi memudahkan pemahaman semua dalam menilai dan menganalisis isi kandungan laman-laman tersebut saya telah membinanya dalam bentuk jadual.

Contoh laman yang telah dianalisis


BELAJAR DI METAKU

Oleh kerana kajian atau tugasan yang diberikan adalah memerlukan kepada penggunaan maklumat dari laman web atau internet, kami dikehendaki melayari web "METAKU"  sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk  menggunakan strategi metakognitif. METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Memang banyak maklumat yang dapat dipelajari disini, anataranya ialah :

  • Pelayar web yang membolehkan melayari maklumat daripada Internet.
  • Enjin carian : perisian yang digunakan untuk mencari maklumat.
  • Mengetahui teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan  untuk membantu  mencari maklumat
  • teknik menyimpan bahan atau maklumat dibincangkan untuk memberi panduan memilih teknik menyimpan yang sesuai dengan tugasan
  • Modul untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian .
  • Modul  untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian 

Apa yang saya paparkan ini adalah antara kandungan pembelajaran yang dapat dipelajari dalam web metaku ini. Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan laman ini, anda boleh terus melayari web ini di http://www.3metaku.com/. 

Selain mempelajari isi kandungannya, laman ini juga mempunyai bahagian analisis dan penilaian kendiri bagi membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda belajar dalam persekitaran hipermedia. Berikut merupakan hasil keputusan analisis dan penilaian kendiri yang telah saya lakukan:

  • KEPUTUSAN PENILAIAN KENDIRI
    Tahap Mencari Maklumat: 67 / 100
    Tahap Memilih Maklumat : 78 / 100
    Tahap Menyimpan Maklumat:85 / 100
    Tahap MempelajariMaklumat:75 / 100

  • KEPUTUSAN ANALISIS
    Tahap Mencari Maklumat 82 / 100
    Tahap Memilih Maklumat 78 / 100
    Tahap Menyimpan Maklumat 81 / 100
    Tahap Mempelajari Maklumat 71 / 100

Apa yang dapat dilihat daripada keputusan analisis dan penilaian kendiri ini, saya perlu lebih banyak  mempelajari dan memantapkan lagi pengetahuan saya mengenai pembelajaran hipermedia ini. Saya perlu lebih berusaha lagi untuk meningkatkan pemahaman saya berkaitan pembelajaran hipermedia. Sesungguh laman ini banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan latihan ilmiah yang telah diberikan.

PROSES KAJIAN

Mengikut panduan proses kajian yang telah diberikan, dalam proses membangunkan blog , kami perlu mengikuti beberapa langkah yang telah disediakan iaitu:

  • Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran).
  • Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka . Dalam hal ini kemahiran membuat blog amat diperlukan disamping perlu kepada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. 
  • Setelah membina empat blog seperti yang diarahkan , kami perlu menyebarkan blog tersebut kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah di dalam yahoo group untuk mendapat maklum balas. Kami perlu membuat 1 foler atas nama masing-masing didalam menu links dan meletakkan alamat blog masing-masing untuk memudahkan penyelia memantau setiap kemajuan yang dilakukan. 

Selain itu, segala maklumat berkaitan gerak kerja latihan ilmiah ini perlu dilaporkan di laman rasmi kumpulan ilmiah kami, yahoo groups. Laman ini juga menjadi medan pertukaran maklumat dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Semuanya dilakukan disini..secara maya. Tetapi kami juga mengadakan perjumpaan setiap minggu untuk lebih memahami dan membincangkan setiap masalah yang menyusul serta membentangkan tentang perkembangan blog masing-masing. 


Friday, November 14, 2008

BINA BLOG

Selepas mendapat tajuk yang sesuai, bermulalah proses permulaan membina blog..untuk tugasan/kajian ini saya dan rakan-rakan yang lain perlu membina sekurang-kurannya 4 blog yang berasingan iaitu :
  • Blog peribadi/personal (optional)
  •  Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
  • Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
  • Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)

Pada peringkat permulaan ini, kami diminta untuk biasakan diri atau mahirkan dalam proses membangunkan blog. Blog pertama yang saya bina adalah blog peribadi (NH_ZONE). Sebelum ni saya memang tak pernah terfikir langsung untuk membina blog sendiri dan memang tak tahu tentang proses membuat blog. Setelah mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan dan penyelia, barula saya tahu dan tak susah seperti disangkakan. Prosesnya lebih mudah dari membina laman web yang bagi saya agak rumit. Dalam blog tapaknya sudah disediakan, sama seperti Friendster dan My Space. Cuma kalau nak nampak lebih menarik lagi dalam mengubah saiz, template atau meletakan template sendiri kita perlu mahir dalam membaca " "HTML". Sebenarnya saya ni tak la pandai sangat dalam menulis dan tak berminat pun, saya lebih suka dalam "kerja2 teknikal" untuk mencantikkan blog ni hehe. Rasanya saya lebih rela menghadap HTML tu daripada menulis . Kalau ada kawan2 yang selalu jenguk "NH ZONE" mesti perasan templatenya sentiasa bertukar2, tapi isinya xda pun haha..itu satu kelemahan saya yang mesti diperbaiki!!


PEMILIHAN TAJUK

Tugasan pertama yang perlu dilakukan ialah tentang pemilihan tajuk berdasarkan silibus pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam. Setelah difikirkan saya telah memilih tajuk zakat harta, iaitu tajuk pelajaran pendidikan islam tingkatan 3. 

"PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ZAKAT HARTA”.

Kenapa zakat harta? Saya sendiri rasanya amat cetek  pengatahuan berkaitan tajuk ni. Sebenarnya semasa menjalani pra praktikal lepas, ada sorang cikgu tanya kt saya "camna nak bayar zakat pendapatan?''. Memang tak boleh jawab masa tu..baru terfikir banyak lagi pengetahuan tentang zakat yang saya tak tahu. Sedangkan zakat adalah salah satu dari rukun islam yang menjadi kewajipan kepada umat islam. Jadi semasa diberikan tugasan ini, terfikirla tentang tajuk ni. Jadi dalam proses menyiapkan dan mencari maklumat bolehla belajar sambil tambahkan ilmu pengetahuan..

Selain itu, semasa mencari maklumat berkaitan zakat dalam laman web saya dapati selain laman wab rasmi kerajaan atau pusat zakat negeri tak banyak laman/blog peribadi atau orang perseorangan yang membicarakan tentang zakat dari Malaysia. Kebanyakan blog pemiliknya adalah dari Indonesia. Oleh itu, ia dapat menambahkan lagi sumber maklumat dari laman web berkaitan zakat harta untuk tujuan rujukan dan dijadikan laman pengajaran dan pembelajaran.

PANDUAN 1 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

PANDUAN 1 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KAJIAN

Panduan Perancangan dan Pelaksanaan Kajian
  • Penggunaan sumber maklumat dari laman web dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran besar kepada guru-guru. Walaupun sumber maklumat mudah dicapai, tetapi ledakan maklumat yang terdapat dalam pelbagai laman web telah menyebabkan guru dan pelajar sukar untuk memilih sesuai, menilai dan menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Justeru, guru novis perlu mempunyai kemahiran berfikir tinggi untuk memastikan maklumat yang terdapat dalam laman-laman web adalah sahih dan boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  • Dengan itu, satu mekanisma untuk penganalisisan dan penilaian bahan-bahan sumber maklumat dari laman-laman web perlu diwujudkan. Seterusnya sumber maklumat tersebut boleh diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran bermakna dengan teknologi maklumat dan komunikasi boleh dilaksanakan.
  • Untuk kajian ini, anda perlu mengaplikasikan ilmu-ilmu ikhtisas yang telah dipelajari seperti:                                                                                                                                                                Komputer Dalam Pendidikan (yang terkini anda perlu ada blog sendiri);
                  Psikologi Pendidikan;
                  Teknologi Pendidikan;
                  Pengalaman semasa menjalani latihan mengajar; kaedah Pendidikan Islam / al-                     Quran;
                  Pengukuran Penilaian;
                  Kemahiran Berfikir Dalam Pendidikan (ilmu tambahan – standard pemikiran –dan               anda perlu baca dan faham dan bincang dalam yahoogroup tentang Intelectual                       standard. Dr Saemah akan memantau tahap kefahaman anda tentang Intelektual                 standard ini)

  • Tajuk Latihan Ilmiah:

    PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PILIH SATU TAJUK YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN ISLAM / PENDIDIKAN AL-QURAN)

    Daripada: Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman
NH_Refleksi © 2008 Template by:
SkinCorner