REFLEKSI ILMIAH
Salam ukhwah buat semua yang melayari laman ini..
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya maka terbinalah laman ini. Tidak lupa juga buat penyelia saya Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin dan Dr. Saemah Rahman yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan untuk menyiapkan tugasan latihan ilmiah saya. Laman Refleksi ini adalah menceritakan tentang segala gerak kerja dan pengalaman saya dalam menyiapkan tugasan latihan ilmiah; PENGINTEGRASIAN SUMBER MAKLUMAT DARI LAMAN WEB UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ZAKAT HARTA (http://nhzakatharta.blogspot.com/). Semoga ia dapat manambahkan maklumat serta memberi manfaat kepada kita semua..
wassalam...
Oleh kerana kajian atau tugasan yang diberikan adalah memerlukan kepada penggunaan maklumat dari laman web atau internet, kami dikehendaki melayari web "METAKU" sebagai panduan untuk pencarian maklumat laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk menggunakan strategi metakognitif. METAKU adalah panduan untuk mengakses dan mempelajari bahan dalam persekitaran pembelajaran hipermedia dengan mengamalkan strategi metakognitif dan memfokus kepada dua bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran dalam talian dan luar talian. Memang banyak maklumat yang dapat dipelajari disini, anataranya ialah :
- Pelayar web yang membolehkan melayari maklumat daripada Internet.
- Enjin carian : perisian yang digunakan untuk mencari maklumat.
- Mengetahui teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan untuk membantu mencari maklumat
- teknik menyimpan bahan atau maklumat dibincangkan untuk memberi panduan memilih teknik menyimpan yang sesuai dengan tugasan
- Modul untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian .
- Modul untuk pelajar yang ingin mempelajari bahan secara dalam dan luar talian. Ia melibatkan proses mencari, memilih, menyimpan maklumat secara dalam talian dan mempelajari bahan secara luar talian
Apa yang saya paparkan ini adalah antara kandungan pembelajaran yang dapat dipelajari dalam web metaku ini. Kalau anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan laman ini, anda boleh terus melayari web ini di http://www.3metaku.com/.
Selain mempelajari isi kandungannya, laman ini juga mempunyai bahagian analisis dan penilaian kendiri bagi membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anda belajar dalam persekitaran hipermedia. Berikut merupakan hasil keputusan analisis dan penilaian kendiri yang telah saya lakukan:
- KEPUTUSAN PENILAIAN KENDIRI
Tahap Mencari Maklumat: 67 / 100
Tahap Memilih Maklumat : 78 / 100
Tahap Menyimpan Maklumat:85 / 100
Tahap MempelajariMaklumat:75 / 100
- KEPUTUSAN ANALISIS
Tahap Mencari Maklumat 82 / 100
Tahap Memilih Maklumat 78 / 100
Tahap Menyimpan Maklumat 81 / 100
Tahap Mempelajari Maklumat 71 / 100
Apa yang dapat dilihat daripada keputusan analisis dan penilaian kendiri ini, saya perlu lebih banyak mempelajari dan memantapkan lagi pengetahuan saya mengenai pembelajaran hipermedia ini. Saya perlu lebih berusaha lagi untuk meningkatkan pemahaman saya berkaitan pembelajaran hipermedia. Sesungguh laman ini banyak membantu saya dalam proses menyiapkan tugasan latihan ilmiah yang telah diberikan.
Mengikut panduan proses kajian yang telah diberikan, dalam proses membangunkan blog , kami perlu mengikuti beberapa langkah yang telah disediakan iaitu:
- Membuat analisis keperluan (berdasarkan maklumat dalam bab 1 dan bab 2 - kajian kepustakaan dengan menetapkan objektif blog anda, objektif pembelajaran).
- Membuat reka bentuk dan membangunkan (memperincikan kandungan; reka bentuk antara muka . Dalam hal ini kemahiran membuat blog amat diperlukan disamping perlu kepada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
- Setelah membina empat blog seperti yang diarahkan , kami perlu menyebarkan blog tersebut kepada rakan-rakan lain dalam kumpulan ilmiah di dalam yahoo group untuk mendapat maklum balas. Kami perlu membuat 1 foler atas nama masing-masing didalam menu links dan meletakkan alamat blog masing-masing untuk memudahkan penyelia memantau setiap kemajuan yang dilakukan.
Selain itu, segala maklumat berkaitan gerak kerja latihan ilmiah ini perlu dilaporkan di laman rasmi kumpulan ilmiah kami, yahoo groups. Laman ini juga menjadi medan pertukaran maklumat dan pendapat dengan rakan-rakan yang lain. Semuanya dilakukan disini..secara maya. Tetapi kami juga mengadakan perjumpaan setiap minggu untuk lebih memahami dan membincangkan setiap masalah yang menyusul serta membentangkan tentang perkembangan blog masing-masing.

Selepas mendapat tajuk yang sesuai, bermulalah proses permulaan membina blog..untuk tugasan/kajian ini saya dan rakan-rakan yang lain perlu membina sekurang-kurannya 4 blog yang berasingan iaitu :
- Blog peribadi/personal (optional)
- Blog tentang proses anda menjalani latihan ilmiah (anda perlu mencatatkan refleksi setiap proses yang ada lalui semasa membuat latihan ilmiah ini (proses kajian dan refleksi metakognitif)
- Blog tentang laman-laman web yang berkaitan dengan tajuk anda yang telah dipilih dan dinilai berdasarkan standard pemikiran (pemikiran kritikal)
- Blog tentang pengajaran dan pembelajaran tajuk anda (pemikiran kreatif anda)
Pada peringkat permulaan ini, kami diminta untuk biasakan diri atau mahirkan dalam proses membangunkan blog. Blog pertama yang saya bina adalah blog peribadi (NH_ZONE). Sebelum ni saya memang tak pernah terfikir langsung untuk membina blog sendiri dan memang tak tahu tentang proses membuat blog. Setelah mendapat tunjuk ajar dari rakan-rakan dan penyelia, barula saya tahu dan tak susah seperti disangkakan. Prosesnya lebih mudah dari membina laman web yang bagi saya agak rumit. Dalam blog tapaknya sudah disediakan, sama seperti Friendster dan My Space. Cuma kalau nak nampak lebih menarik lagi dalam mengubah saiz, template atau meletakan template sendiri kita perlu mahir dalam membaca " "HTML". Sebenarnya saya ni tak la pandai sangat dalam menulis dan tak berminat pun, saya lebih suka dalam "kerja2 teknikal" untuk mencantikkan blog ni hehe. Rasanya saya lebih rela menghadap HTML tu daripada menulis . Kalau ada kawan2 yang selalu jenguk "NH ZONE" mesti perasan templatenya sentiasa bertukar2, tapi isinya xda pun haha..itu satu kelemahan saya yang mesti diperbaiki!!